[TRIP] Pulau Perhentian, MY - AFrhn

Wednesday, March 08, 2017

[TRIP] Pulau Perhentian, MY


Masa belajar haritu, plan dengan mentor (yang sangat cool) nak pergi trip mentor mentee la macam tu la. Plan punya plan, sebab dalam masa terdekat nak buat trip, kitorang pun decide nak pergi Perhentian Kecil. Pasal budget, tak berani nak cakap mahal ka murah ka sebab biasa la, lain orang lain cara planning apa semua. Tapi dalam post ni, I masukkan aktiviti dekat sana dan apa korang boleh buat. Basically, review la pasal tempat tu.






Kitorang duduk dekat Kampung Nelayan. Bukan dekat Long Beach amboi asyik search Long Beach ja ehhh. Dekat Kampung Nelayan, nama pun kampung maka dekat situ ada sekolah, Masjid, kedai makan yang affordable. Tapi malam malam dalam pukul 10 macam tu dah start sunyi dah la takla havoc macam dekat Long Beach.



Tengok map elok elok okay. Jangan lemah geografi macam I. Dekat Long Beach ada brader tu tanya "duduk mana kat sini?" I jawab "Perhentian Kecil". Dia tergelak kecil sambil cakap "Sini pun Perhentian Kecil" oh okay 



Kami bertolak dari Shah Alam tengah malam naik van yang penculik selalu guna culik budak budak dan juga anak orang kaya untuk dijadikan tebusan dalam cerita Melayu pukoi 7 tu. Van putih besar gedabak tu. Sampai ja dekat Terengganu, pergi jeti lepastu tunggu boat nak bawak pergi Perhentian Kecil.





Nasib baik doa I didengari sebab tak langsung mabuk laut. Bilik kitorang memang bebetul tepi dewan makan, maka setiap kali breakfast, lunch, dinner, muka muka kitorang ni dah awal dah dekat situ. 






Day #1 

Sampai ja dekat situ, kami solat, rehat sat sebab ye la, dari Shah Alam sampai Terengganu penat okay walaupun bukan I yg drive. Tapi haruslah penat. Petang tu kami buat keputusan untuk pergi Windmill Station yang digembar gemburkan cantik sangat pemandangan dia. 

Biasa lah semangat terok kan sampai Perhentian, masa tengah bincang nak amik teksi ka pergi situ ataupun jalan kaki, ramai kot yang cakap "jalan kaki la jalan kaki. Baru adventure sikit" tapi bila fikir balik, nasib baik common sense kick in, so kami decide amik teksi.


Teksi air okay jangan jadi noob macam I ingat teksi kereta merah tu zzzzzzz.


Nak tengok pemandangan yang cantik? Harus menderita terlebih dahulu kena panjat sikit bukit tu. Kenapa takdak sapa bagitau kena memanjat dan berjalan jauh?! Kami pakai selipar sahaja maka menangislah sakit kaki. Nampak lemah, tapi sebenarnya tak.

Tapi sakit kaki tu dilupakan terus bila tengok pemandangan ni



Lepastu nak pergi kat air bawah tu, kena turun anak tangga macam Batu Caves ni. Part ni scary sikit ja sebab ada papan yang dah hilang so kena fokus dan langkah besar besar. Bagi seorang Amalina, fokus kena lebih sikit sebab clumsy dan gayat dan kemungkinan besar untuk kaki terjatuh dalam lubang tu amatlah tinggi. 








# Day 2

Hari ni akan dipenuhi snorkelling ja. Snorkelling dari pagi sampai petang dan sampai ramai mabuk laut. Dalam semua tempat snorkelling, semua I turun sebab #gigih. Ingat lagi dulu ada kem kepimpinan dekat Pangkor, masa tu sekolah menengah kot, I tak reti berenang dan takut air. Sampai masa time snorkelling, I snorkelling kat tepi ja, orang lain pi dekat tempat dalam nak tengok ikan, I tengok pasir ja okay. Jadi la dari takdak. Tapi sejak dah reti berenang dan tak takut air ni, kecut jari jari okay punya asal sampai checkpoint ja terjunnnn.




Ni dedua perempuan jangan risau. Konon nak sweet la sat nak tangkap gambar. 



Malam tu penat sangat, ada yang pergi nak tengok night life kat Long Beach, tapi kami stay ja dekat Kampung Nelayan tu pergi buat bonfire









#Day 3

Masa untuk balik. Rasa takmau balik tapi apalah daya kena jugak balik. Lepas breakfast, kitorang balik mainland. Lepastu singgah sat angkut keropok lekor biasa lah dah alang alang kt Terengganu. dan berjanji akan datang balik kalau ada rezeki.





Tips : Beli la makanan ringan ka megi ka siap siap dekat Giant tempat korang, sebab nanti ofcourse la mahal bila dah dekat Perhentian.

Dekat Kampung Nelayan semua ada, kedai serbaneka yang aku asyik beli aiskrim Malaysia dia pun dekat tepi chalet ja.

Orang orang kt Kampung Nelayan ni friendly, tegur la jangan dok buat sombong. Datang tempat orang kan.


Okay sekian sahaja trip kali ini semoga berjumpa di trip akan datang (yang aku tak buat buat lagi entri)


No comments: