AFrhn

Tuesday, November 21, 2023

Eh dah 2023?

22:49 0
Eh dah 2023?
Last post dekat blog ni merupakan hujung tahun 2020. Ni dah bulan 11 2023 sis. Anyway, hi? 

I decided to start writing here again because I have stories to tell. Slow slow okay I catch up semua benda. Dalam masa dua tahun ni, banyak benda dah jadi. Lost family members, lost friends, expanding family, happiness, tears, ups and downs, daannn, I am married to my best friend. 

Pindah ke negeri yg lain, maksudnya apa? Maksudnya the whole new chapte untuk sesuaikan diri. Slowly rasanya berjaya dah kot ni sesuaikan diri kt sini. Life has been interesting, nanti I ceritakan pasal Theia, pasal semua benda lah.

I have missed writing so much, tapi kekangan waktu, kekangan idea dan kekangan kerajinan. Semoga tahun 2024 nanti I rajin kembali, kita mulakan dengan satu post satu bulan la okay?

Sebenarnya apa yg jadi, yg buatkan I tulis entri yg random ni, sebab tadi dapat notification untuk renew domain blog ni. Mula mula I rasa nak letgo saja domain ni, nak letgo blog ni. Tapi terus rasa nak menulis, dan terus renew domain ni balik. Alang alang dah renew domain, kena la tulis kan? Gitu justify.

Okay, jumpa dekat next post! (I akan cuba sedaya upaya)


Tuesday, December 29, 2020

Recap 2020

23:32 0
Recap 2020

 




Betul la tu awal tahun dulu ada janji nak post entry pasal travel dekat Greece. Dah dekat setahun dah ni tak post post jugak (jeling diri sendiri).



Bila I publish kan entri ni, dah 29hb December 2020. Lagi berapa hari ja nak masuk 2021. Mari lah kita recap sikit sikit apa yang jadi ya dalam setahun ni.



JANUARY




- I dekat Greece, I suka Greece tapi seperti yg maybe diketahui di previous blog post, I kena pick pocket hilang habis purse semua. Jammed sekejap sebab baru berapa minggu dekat sana tapi card less, yg ada dekat I ; passport, dengan cash sikit. Bila balik UK, kelam kabut kena buat balik bank card dekat sana sebab hello, nak shopping?

- Covid masih sikiiit dekat Malaysia, Paperkut was doing good alhamdulillah. (Boleh klik gambaq dekat side bar ataupun gif kt bawah post)



FEBRUARY




- Pi London and little did I know that was the last time I would meet Uncle Jimmy. 

- Dok dekat hotel bekas headquarters MI6, so tiba tiba fefeeling spy dan jugak James Bond. Februari rasanya banyak spend masa dengan family, melawat familiar places.



- Pi hiking dekat Wales dekat nama tempat tak boleh pronounce (dan jugak malas nak check balik). Pi town centre untuk saja ja mengimbau kenangan balik makan Fish and Chips dan rasa ya Allah, takdak juai nasik lemak ka #Malaysians




MARCH

- Dekat Malaysia dah start first wave covid. Masa ni hari hari check kes dekat Malaysia dengan UK sebab UK pun dah start naik banyak. Risau sebab takut tiba tiba border tutup.

- Mula la depa panic buying dekat UK. Toilet papers semua habis okay diorang borong. Tapi takpa la tak perlu sangat toilet papers. Masa tu nak beli hand sanitiser semua habis, sabun tangan semua habisss.

- Sebelum balik, sempat tinggalkan mask sikit dekat Ma Abah. 

- Risau sangat kan border tutup? Hari yg I ada dekat airport tengah tunggu flight nak balik Malaysia. Tengok ada announcement cakap lagi dua hari border nak tutup. Ha gelabah!

- Sampai Malaysia, masa ni tak kena mandatory quarantine lagi. Masa touchdown, diorang check suhu dan bagi kad untuk cakap kalau develop symptoms dalam masa 14 hari, terus pi emergency dan tunjuk kad tu kata pernah travel overseas.

- Kelam kabut settlekan IC, bank card yg hilang haritu.

- Maka bermula lah self quarantine I yang amat memilukan sebab sunyi teruk. Mintak tolong sepupu hantarkan barang basah, tapi letak dalam bakul atas rak kasut. Dapat pulak berita masa tu, kalau nak lagi secure, extend kan quarantine ke 22 hari. Sekian, 22 hari 22 menu dan sibuk menanam pokok sayur.



APRIL




- Masih rajin try menu dan masih PKP. Mental breakdown bila tiap kali announcement cakap extend PKP. Hahaha.

- Time ni dah puasa. Sedih 2.0 tapi better sebab masa ni dah tak quarantine, so boleh la bersosial sikit dengan jiran.



MAY

- Raya! Okay tu ja. Raya social distance. Sedara semua tak balik so raya video call.


JUNE - JULY

- Dah boleh rentas negeri! So aktiviti I dah lebih dah sikit sebab dah boleh rentas negeri.

- Dan June dapat baby baru (baby Acu Maksu) kira baby I jugak la tu. Episod kami bertapa berhari dekat hospital dan pi KK.





AUGUST

- Hiking ke Gunung Baling yg nanti I boleh cerita. Marilah berdoa supaya I rajin, hahahahaha. Penat tapi best!



*disclaimer ; bukan I*




- Pi food hunting dan jugak pi melawat kawasan dekat Kuale. 




SEPTEMBER - DECEMBER

- Mungkin betul betul busy ataupun buat buat busy. 





Anyway, 2020 is the year of sad, sorrow, postponed plans, hope, happiness and the year that you really realised, every moment with your family, loved ones and close friends are really precious because we don't know what will happen in the future. 


2020 I learnt to let go and let God. 








Sunday, March 22, 2020

Travel Tips Untuk Malaysian

15:22 0
Travel Tips Untuk Malaysian
This post is published during Movement Control Order (MCO) in Malaysia. Please #StayAtHome and plan your trip when everything is under control. Do not risk your life and the people around you.




I balik UK masa Covid19 baru sangat jadi dekat Wuhan. So masa I travel tu takdak kes lagi kecuali dekat China. Anyway, trip kali ni I sempat pi Greece dan few other places in the UK (yg ni akan ada dalam separate entries sebab boleh kongsi tips etc). 


I tengah self quaratine sekarang ni jangan risau dan jangan kecam. "Kenapa eh dia ni cakap balik UK? Adakah dia seorang tak sedaq diri padahai dok makan sambai belacan?" Pi cari sendighi na blogpost lama lama.


Okay untuk bagi post ni tak panjang melampau, masa I kt Greece, I hilang purse I. I tau I pernah nasihatkan supaya tak bawak purse, tapi mungkin ini pengalaman untuk I supaya I boleh kongsi dengan orang lain? #husnuzhon


I am mostly lucky, alhamdulillah. Tak berapa best sebab dalam tu ada gambaq Atok ja dan student's ID masa belajaq dulu (I bawak sebab nak pi kolej lama ada hal).




Here are the tips untuk berjaga jaga


1- Sebelum trip, pastikan tangkap gambaq apa dalam purse, gambaq purse. Simpan elok elok gambaq tu. Sebab kalau hilang purse macam I, you dah tau apa yg hilang dalam purse tu dan kad apa yg nak kena ganti. Dan sangat penting kalau contohnya you tercicir dekat airport, you nak file kan missing item, boleh ja you describe purse you macam mana, tapi kalau ada gambar purse sangat lah memudahkan kerja officers dan kerja you.



2- Kan sekarang ni orang selalu letak semua documents in a travel wallet kan, macam ni

Credit Google


Nasihat I, jangan lah. Memang memudahkan dan style tapi sekali ni hilang, menangisssss. Masa I hilang purse tu, duit I letak tempat lain, passport I dekat tempat lain. Kiranya yg hilang dalam tu Credit Cards, IC, Lesen. IC hilang balik Malaysia nanti boleh ganti, kalau passport hilang masa abroad, jenuhhh nak kena pi embassy.


Kalau la passport hilang, keep calm. Call embassy. Setiap kali I travel, I prefer untuk beli simcard negara tu instead of harapkan wifi. A'ah memang old school tapi senang sebab simcard murah, topup sikit ja dan kalau ada emergency apa apa boleh senang call. 


Tambah kalau jenis travel macam I, tak pi bandar besar, so kalau dari tempat yg I pi haritu masa dekat Greece, untuk pi Malaysian Embassy dekat Athens, ambil masa 5 jam driving. Maka, simpanlah passport di tempat lain.



3- "Kalau tak letak duit kat purse nak letak kat mana? I travel sorang sorang". Beli ni, search : hidden money belt

Credit Pinterest

Dia pakai macam pouch bag, tapi dia nipis dan pakai bawah baju. Kiranya tak perasan pun ada money belt bawah baju. Letak lah duit sedikit di situ dan kad kad anda. Jangan buat silap macam I pi letak kad dalam purse.

Money belt ni dulu dekat immigration takpayah bukak masa kena scan. Tapi sekarang ni kalau pakai, lepas scan, you declare dekat officer cakap ada money belt. Diorang akan suruh tanggalkan dan diorang ada separate scanner where you can see they scan your money belt. 

Jangan letak sekali dengan phone, jam etc tu. Kang tengah kalut kalut, orang rembat ja money belt, satu hal pulak. 



4- Always tell someone/family about your plan. Kiranya macam hai harini I akan pi museum. Kalau I tak message after 4 hours, tolong contact sekian sekian sekian. Tapi make sure contact okay orang tu. Kang you lupa, diorang panik pulak.



5- Sentiasa alert please. Jangan masuk dekat lorong lorong sunyi pepelik walaupun maps suruh masuk situ. Use your instinct. Tak okay, pi lalu tempat lain. I let my guard down saaaat saja, lihatlah di mana purse I sekarang. 


Nanti ada tips lain lagi I update. Be safe, travel lah dengan bijak.


Kalau you baca masa MCO ni, jangan mengada nak travel. Dok rumah diam diam dan update blog macam I. 


Terima lah my most favourite view masa trip haritu.






Saturday, February 29, 2020

2020 Intro

04:51 0
2020 Intro
Seperti biasa, 2020 dah masuk dua bulan dah baru nak keluaq post 2020 daripada Amalina.


Banyak benda nak update tapi tak terupdate, sama la macam alasan sebelum sebelum ni, tapi tak mengapa. Nanti bila sampai masa I ada tips dan cerita nak kongsi. Buat masa ni bagi I masa sat nak settle kan satu satu dan kumpul gambaq dan sebagainya.


I also realised I have a lot of things to write when I am angry/sad. Not to say that I am not angry and sad these days, tapi I am more content kot. Kalau rasa frust/sedih, I lebih suka tak menulis kot sebab macam perkataan, benda yg kita tulis tu dah tak boleh tarik balik walaupun kita delete. It will stay forever. Tapi tu lah, bila dah tak sedih, I dah tak reti nak luahkan dengan kata kata.

Wah, complicatednya perempuan.


I'll write more, soon.


Sunday, November 03, 2019

DIY Sangkar Kucing

09:28 0
DIY Sangkar Kucing

Baru baru ni kucing yg I ambik dulu terberanak (TER sebab I taktau pun dia bunting, tengok tengok dah ada dua ketul anak kucing kt litter tray). Lepastu bila makin besar, I macam kesian takut nanti diorang berhimpit dekat dalam sangkar.


Sebelum I kena bebel pasal hak kebebasan kucing, kenapa letak kucing dalam sangkar. Meh I explain. Kucing-kucing I pagi sampaai lewat petang memang bebas main dekat luar. Tapi sebab rumah I dekat dengan jalan besar, malam malam I kena letak diorang dalam sangkar sebab takut diorang kena langgar. 


I dah beli sangkar besar dah yang sesuai untuk 3 ekor kucing dewasa. Tapi tu lah, macam lah anak kucing tu takkan membesar. Jadi I survey survey sangkar, sangkar custom made besar yang I nak tu, harga cecah RM800-RM900. Kalau RM500 tu I dapat besar sikiiiit je dari yang I dah ada.


I google macam mana paling senang nak buat DIY sangkar kucing, material yang tahan lasak, tahan lama dan jugak tak mahal sangat. Paip PVC jawapan dia untuk rangka sangkar.


Hari I cuti, I ukur siap siap luas lebar dan luas macam mana I nak (pastikan muat tempat korang nak letak kucing tu. Satgi buat besaq besaq, tak muat pulak) lepastu tinggi yang I nak sangkar I tu supaya boleh la nak memanjat ke dalam tu.


Panjang sangkar I dalam 6 kaki,lebar pulak 3 kaki. Besar okay. So dah dapat ukuran semua, bermula lah I dok calculate berapa pcs paip PVC, dia punya connectors dan jugak cable tie. Dah siap rangka semua, I calculate balik sebab nak beli dawai keliling tu pulak.


Ukuran semua boleh email I dekat amalinafrhn@yahoo.com nanti I bagi ukuran I la tau. Proses siapkan ni ambil masa 3 hari sebab I buat half day je. Kalau buat full day maybe boleh kot siap dalam 1 hari setengah, 2 hari macam tu. 




Day 1 - Siapkan rangka sangkar je dulu. Beli lah gergaji PVC yang besaq sikit okay. I beli yang kecik ja serius sakit tangan lepas tu



Day 2 - Dah naik dah dawai dawai keliling atas dan bawah. Dawai bawah tu I guna yg mahal sikit. I ikat dawai ni guna cable tie tau sebab senang nanti kot nak adjust




Boleh letak lagi 5 Syahirah dalam ni


Day 3 - Dah siaaaapppppp





Total cost : Dalam RM250 macam tu untuk besar macam ni. Kalau kecik lagi, lagi murah cost. 


Kalau ada apa apa soalan, boleh email je I. Bila ada masa I reply ya. 


Semoga murah rezeki Amalina untuk bukak shelter. Marilah aminkan beramai ramai.









Monday, September 30, 2019

BRACEFREE

17:47 0
BRACEFREE

*cuci sawang* Ingat tak I pernah janji dekat post mana entah nanti bila dah bukak braces I akan update. Mesti lah update tapi selepas 5 bulan hihihihi

Plan pakai braces hanya untuk setahun setengah maksimum dua tahun telah menjadi tiga tahun lebih ya kawan kawan.


Masa last appointment ketatkan braces tu I tak harap pun nak bukak braces lagi, I siap pi pilih band warna warni lagi sebab I dah bosan dengan band warna hitam dan emerald green. Masa I pi last check up tu, I pi dengan kawan I, I siap cakap dekat dia "entah entah aku kahwin nanti pakai braces lagi". Dan dia pun angguk dan gelak gelak sebab bayangkan I struggle nak makan sopan sopan sebab braces masih lagi annoying.


Masa masuk checkup, seperti biasa la, assistant dentist tanya nak warna atas bawah ka selang seli, I pun jawab la selang seli. Bila dentist tu check gigi I, dia cakap, okay harini takpayah ketatkan dah. Kita ambik mould untuk buat retainer okay? I macam terpinga-pinga. Adakah ini bermakna I akan bukak braces dah? detik I dalam hati.


Dentist pun cakap "lagi dua minggu macam tu kami call tau nak pasang retainer"


I keluar jumpa kawan I sambil cakap "Weh lagi dua minggu bukak braces". Dia pun sambung gelak lagi sebab muka I macam terkejut dan tiba tiba I rasa macam tak puas lagi pakai braces. Begitu lah perempuan, hari tu nak sangat bukak braces, tiba tiba dah boleh bukak, taknak pulak.




Kurang dua minggu, diorang call I cakap retainer dah siap dan bagi tarikh untuk I pi. Masa tu I masih lagi tak berapa nak rela bukak braces. Lepastu I siap nervous takut gigi I ada stain, siap google whitening terus okay punya tak menyabar.


Hari yang ditunggu telah tiba. Okay ni prosedur yang I kena lalui.

1 - Kena scaling gigi dulu. Habis scaling tu, dentist tu tanya dah berapa lama pakai braces, I cakap la 3 tahun lebih sebab gigi degil takmau straight walaupun tak pernah missed appointment. Dentist tanya lagi, "gigi dah cantik dah ni, mesti tak sabar nak bukak kan?" I jawab "Tak jugak doktor, taktau la dah ready ka belum" jawapan I tu dibalas dengan muka dentist tu penuh tanda tanya.


Dah 3 tahun nak masuk 4 tahun, takkan tak ready lagi? Hello?


2 - Lepas tu masuklah ke bilik dentist lagi sorang. Dia bukak braces tu masa dia tarik (ada terms lain tak) brackets keluar, masyaAllah ngilunya. Rasa macam gigi terhakis!


3 - Dia akan polish sikit gigi. Lepastu masa I tu dia cakap oh takpayah whitening lagi dik, takdak stain. Syukur sebab kekwat asyik gosok gigi dulu, selamat 1k+ gue


4 - Lepastu dia tunjuk retainer dia nak pasang. Okay walaupun I bukan lah dentist, tapi I nak tunjuk jugak jenis jenis retainer



Ramai yang I kenai pakai Hawley Retainer tu tapi kt dentist I tak buat yg tu. Masa dia ambik mould untuk retainer, I ingat oh dah ambik untuk Clear Plastic Retainer tu la, tapi bukan ya. Rupa rupanya I kena pakai Fixed Bonded Retainer tu. Dia dekat belakang gigi kiranya nanti lidah you akan berlaga dengan benda ni masa nak sesuaikan diri. Seperti namanya, yang ni fixed kt gigi you seperti braces.

Bezanya braces ada brackets dan depan gigi, bonded retainer takdak bracket (sebab dia retainer) dan belakang gigi. Bracket braces tak ganggu I cakap dan makan sebelum ni tapi bonded retainer ni mungkin sebab dia belakang gigi, dia sangatlah ganggu I nak makan. Belum lagi bila lidah I asyik berlaga dengan retainer. Rasa nak cabut retainer pi pasang braces balik.


Lepas beberapa minggu, dentist call balik sebab clear retainer pulak dah siap. Walaupun dh ada bonded retainer, tapi kena jugak pakai clear retainer ni setiap masa kecuali makan. Yg ni paling tak selesaaaa sebab nanti cara cakap pun pelik lepastu orang bukan tau kita pakai retainer, lantas mesti terdetik dah kenapa budak ni cakap pelik. 


Dan rasa tak selesa. Tapi untuk mengelakkan gigi bergerak balik supaya tak sia sia duit dan masa I, kita turutkan jugak. 


Setakat ni dah 5 bulan, dah boleh sesuaikan diri walaupun ada masa tak selesa, dan clear retainer sangat bagus untuk elakkan makan okay. Malas nak cabut so takpayah makan. 






Akhir kata, I am bracefree tapi I rindu nak pakai braces. Dan siapa bilang lepas treatment braces anda dah bebas dengan gigi straight, non hado ya. Sekali pakai braces, selamanya kena pakai retainer. Hahahahahah sian.