Recap 2020 - AFrhn

Tuesday, December 29, 2020

Recap 2020

 




Betul la tu awal tahun dulu ada janji nak post entry pasal travel dekat Greece. Dah dekat setahun dah ni tak post post jugak (jeling diri sendiri).



Bila I publish kan entri ni, dah 29hb December 2020. Lagi berapa hari ja nak masuk 2021. Mari lah kita recap sikit sikit apa yang jadi ya dalam setahun ni.



JANUARY




- I dekat Greece, I suka Greece tapi seperti yg maybe diketahui di previous blog post, I kena pick pocket hilang habis purse semua. Jammed sekejap sebab baru berapa minggu dekat sana tapi card less, yg ada dekat I ; passport, dengan cash sikit. Bila balik UK, kelam kabut kena buat balik bank card dekat sana sebab hello, nak shopping?

- Covid masih sikiiit dekat Malaysia, Paperkut was doing good alhamdulillah. (Boleh klik gambaq dekat side bar ataupun gif kt bawah post)



FEBRUARY




- Pi London and little did I know that was the last time I would meet Uncle Jimmy. 

- Dok dekat hotel bekas headquarters MI6, so tiba tiba fefeeling spy dan jugak James Bond. Februari rasanya banyak spend masa dengan family, melawat familiar places.



- Pi hiking dekat Wales dekat nama tempat tak boleh pronounce (dan jugak malas nak check balik). Pi town centre untuk saja ja mengimbau kenangan balik makan Fish and Chips dan rasa ya Allah, takdak juai nasik lemak ka #Malaysians




MARCH

- Dekat Malaysia dah start first wave covid. Masa ni hari hari check kes dekat Malaysia dengan UK sebab UK pun dah start naik banyak. Risau sebab takut tiba tiba border tutup.

- Mula la depa panic buying dekat UK. Toilet papers semua habis okay diorang borong. Tapi takpa la tak perlu sangat toilet papers. Masa tu nak beli hand sanitiser semua habis, sabun tangan semua habisss.

- Sebelum balik, sempat tinggalkan mask sikit dekat Ma Abah. 

- Risau sangat kan border tutup? Hari yg I ada dekat airport tengah tunggu flight nak balik Malaysia. Tengok ada announcement cakap lagi dua hari border nak tutup. Ha gelabah!

- Sampai Malaysia, masa ni tak kena mandatory quarantine lagi. Masa touchdown, diorang check suhu dan bagi kad untuk cakap kalau develop symptoms dalam masa 14 hari, terus pi emergency dan tunjuk kad tu kata pernah travel overseas.

- Kelam kabut settlekan IC, bank card yg hilang haritu.

- Maka bermula lah self quarantine I yang amat memilukan sebab sunyi teruk. Mintak tolong sepupu hantarkan barang basah, tapi letak dalam bakul atas rak kasut. Dapat pulak berita masa tu, kalau nak lagi secure, extend kan quarantine ke 22 hari. Sekian, 22 hari 22 menu dan sibuk menanam pokok sayur.



APRIL




- Masih rajin try menu dan masih PKP. Mental breakdown bila tiap kali announcement cakap extend PKP. Hahaha.

- Time ni dah puasa. Sedih 2.0 tapi better sebab masa ni dah tak quarantine, so boleh la bersosial sikit dengan jiran.



MAY

- Raya! Okay tu ja. Raya social distance. Sedara semua tak balik so raya video call.


JUNE - JULY

- Dah boleh rentas negeri! So aktiviti I dah lebih dah sikit sebab dah boleh rentas negeri.

- Dan June dapat baby baru (baby Acu Maksu) kira baby I jugak la tu. Episod kami bertapa berhari dekat hospital dan pi KK.





AUGUST

- Hiking ke Gunung Baling yg nanti I boleh cerita. Marilah berdoa supaya I rajin, hahahahaha. Penat tapi best!



*disclaimer ; bukan I*




- Pi food hunting dan jugak pi melawat kawasan dekat Kuale. 




SEPTEMBER - DECEMBER

- Mungkin betul betul busy ataupun buat buat busy. 





Anyway, 2020 is the year of sad, sorrow, postponed plans, hope, happiness and the year that you really realised, every moment with your family, loved ones and close friends are really precious because we don't know what will happen in the future. 


2020 I learnt to let go and let God. 








No comments: