Travel Tips Untuk Malaysian - AFrhn

Sunday, March 22, 2020

Travel Tips Untuk Malaysian

This post is published during Movement Control Order (MCO) in Malaysia. Please #StayAtHome and plan your trip when everything is under control. Do not risk your life and the people around you.




I balik UK masa Covid19 baru sangat jadi dekat Wuhan. So masa I travel tu takdak kes lagi kecuali dekat China. Anyway, trip kali ni I sempat pi Greece dan few other places in the UK (yg ni akan ada dalam separate entries sebab boleh kongsi tips etc). 


I tengah self quaratine sekarang ni jangan risau dan jangan kecam. "Kenapa eh dia ni cakap balik UK? Adakah dia seorang tak sedaq diri padahai dok makan sambai belacan?" Pi cari sendighi na blogpost lama lama.


Okay untuk bagi post ni tak panjang melampau, masa I kt Greece, I hilang purse I. I tau I pernah nasihatkan supaya tak bawak purse, tapi mungkin ini pengalaman untuk I supaya I boleh kongsi dengan orang lain? #husnuzhon


I am mostly lucky, alhamdulillah. Tak berapa best sebab dalam tu ada gambaq Atok ja dan student's ID masa belajaq dulu (I bawak sebab nak pi kolej lama ada hal).




Here are the tips untuk berjaga jaga


1- Sebelum trip, pastikan tangkap gambaq apa dalam purse, gambaq purse. Simpan elok elok gambaq tu. Sebab kalau hilang purse macam I, you dah tau apa yg hilang dalam purse tu dan kad apa yg nak kena ganti. Dan sangat penting kalau contohnya you tercicir dekat airport, you nak file kan missing item, boleh ja you describe purse you macam mana, tapi kalau ada gambar purse sangat lah memudahkan kerja officers dan kerja you.



2- Kan sekarang ni orang selalu letak semua documents in a travel wallet kan, macam ni

Credit Google


Nasihat I, jangan lah. Memang memudahkan dan style tapi sekali ni hilang, menangisssss. Masa I hilang purse tu, duit I letak tempat lain, passport I dekat tempat lain. Kiranya yg hilang dalam tu Credit Cards, IC, Lesen. IC hilang balik Malaysia nanti boleh ganti, kalau passport hilang masa abroad, jenuhhh nak kena pi embassy.


Kalau la passport hilang, keep calm. Call embassy. Setiap kali I travel, I prefer untuk beli simcard negara tu instead of harapkan wifi. A'ah memang old school tapi senang sebab simcard murah, topup sikit ja dan kalau ada emergency apa apa boleh senang call. 


Tambah kalau jenis travel macam I, tak pi bandar besar, so kalau dari tempat yg I pi haritu masa dekat Greece, untuk pi Malaysian Embassy dekat Athens, ambil masa 5 jam driving. Maka, simpanlah passport di tempat lain.



3- "Kalau tak letak duit kat purse nak letak kat mana? I travel sorang sorang". Beli ni, search : hidden money belt

Credit Pinterest

Dia pakai macam pouch bag, tapi dia nipis dan pakai bawah baju. Kiranya tak perasan pun ada money belt bawah baju. Letak lah duit sedikit di situ dan kad kad anda. Jangan buat silap macam I pi letak kad dalam purse.

Money belt ni dulu dekat immigration takpayah bukak masa kena scan. Tapi sekarang ni kalau pakai, lepas scan, you declare dekat officer cakap ada money belt. Diorang akan suruh tanggalkan dan diorang ada separate scanner where you can see they scan your money belt. 

Jangan letak sekali dengan phone, jam etc tu. Kang tengah kalut kalut, orang rembat ja money belt, satu hal pulak. 



4- Always tell someone/family about your plan. Kiranya macam hai harini I akan pi museum. Kalau I tak message after 4 hours, tolong contact sekian sekian sekian. Tapi make sure contact okay orang tu. Kang you lupa, diorang panik pulak.



5- Sentiasa alert please. Jangan masuk dekat lorong lorong sunyi pepelik walaupun maps suruh masuk situ. Use your instinct. Tak okay, pi lalu tempat lain. I let my guard down saaaat saja, lihatlah di mana purse I sekarang. 


Nanti ada tips lain lagi I update. Be safe, travel lah dengan bijak.


Kalau you baca masa MCO ni, jangan mengada nak travel. Dok rumah diam diam dan update blog macam I. 


Terima lah my most favourite view masa trip haritu.




No comments: