Cara menjaga braces - AFrhn

Tuesday, April 24, 2018

Cara menjaga braces


Hai kembali lagi ke segmen bila-nak-cabut-braces-ni?


Selalu orang tanya macam mana nak jaga braces dalam konteks macam mana nak gosok gigi apa semua. Bagi I yg semua nak cepat ni, mungkin renyah sikit nak jaga braces sebab mestilah nanti bila bukak braces nak gigi helok. Takmau la pulak nanti gigi dh straight tapi fuh berkerak.


Disclaimer : Ni benda yg I buat okay. Kalau nak lagi power, boleh tanya dentist masing masing. 

1- Gosok gigi regularly : Dulu I pulon sangat lepas makan ja terus pergi gosok gigi. Sorry kawan kawan yg kena tunggu I memanjang pi tandas. Tapi lepas dah lama sikit, I pun makin tak berapa pulon dan dapat tau yg tak elok sebenarnya gosok gigi lepas makan. Apa yg I buat sekarang ni, bawak ja berus gigi dengan ubat gigi dalam beg, masa nak pi solat, baru gosok gigi. Ataupun masa ada meeting, lari la sat pergi toilet dan gosok gigi. Pedulikan segan depan orang sebab kebersihan jugak okay, kang tengah bagi point bernas masa meeting tapi nah kt celah braces ada cebisan makanan.


2- Guna interdental brush : Kalau dulu, lepas gosok gigi okay you are done, tapi la ni, lepas gosok gigi, guna interdental brush pulak okay untuk bersihkan celah celah braces pulak. Masa mula mula pakai braces, lepas pakai braces tu I kena dengar "briefing", kalau tak guna interdental brush, nanti kan celah braces tu tak cuci kan, nanti dh bukak braces akan ada stain dekat gigi. You want? I don't want thats why we need the interdental brush!

3- Tukar berus gigi : Kalau dulu, lepas 3 bulan ataupun berus tu dh kembang baru tukar berus gigi, tapi sekarang ni, kena kerap. Sebab seriously satttt ja berus tu dah kembang. Ala bristle tu tak elok dah macam mana entah nak explain. Tapi tukar lah berus gigi sekerap mungkin.


4- Jangan pakai ubat gigi pemutih : Sebab nanti bila bukak braces, gigi tak sama warna. Nanti dah bukak braces, tapi dok ada bekas braces seolah olah dok pakai braces lagi. 

5- Kumur mulut jangan dilupakan : Lepas gosok gigi elok elok apa semua, kumur lah mulut anda guna gargle tu. Untuk bunuh bakteria dengan lebih lagi sebab mulut dh la memang kumpoi bakteria, ada braces ni lagi laaaahhh.

6- Doktor suruh floss : Tapi I malas so I tak buat. Ni I tak boleh la nasihatkan sebab I pun tak buat kang jadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus pulak. Ha gitu.


Okay, tu ja kot buat masa ni. Semoga Amalina boleh bukak braces cepat. Kalau berjaya bukak braces nanti I update lagi. Kalau I tak update tu kiranya I dok brace face lagi la tu. Huhuhuhuhuhu

No comments: