Suntikan HPV sakit tak? - AFrhn

Thursday, July 27, 2017

Suntikan HPV sakit tak?


Tahun lepas dah ada dah suntikan HPV yang free ni tapi tahun lepas tu, tahun kelahiran I tak termasuk dalam yang bertuah untuk dapat suntikan free. Dengan kecewanya I konon konon nak simpan duit untuk ambik suntikan sendiri (maksudnya bayaq sendiri la). Tapi sebab mahal, simpan duit tu macam slow sikit.

Tiba tiba dapat tahu tahun ni tahun kelahiran I layak dapat suntikan okayyyy betapa gembiranya hati ini. Okay sebelum tu nak bagitau syarat syarat dapat suntikan HPV free ni.





(klik kat gambaq kalau nak lagi jelas)


Check dulu kriteria samada hampa layak tak dapat suntikan HPV free ni. Kalau tak layak, boleh dah menabung dari sekarang. Satu dose harga dia RM180, ada tiga dose, okay dah boleh buat kira kira dah sekarang. P/S : yang free ni untuk yang lahir tahun 1990-1996


Being the cheapskate me,  dua bulan lepas I dah call dah klinik Nur Sejahtera dekat dekat dengan rumah I. Diorang ambik nama apa semua, nanti dah available diorang call. Masa diorang call I tu, masa tu tengah kalut Atok I masuk hospital, terus I terlupa dengan appoinment tu. Atok I dah discharge, I teringat I call la balik tanya boleh ka pi terus sebab haritu terlepas appoinment. Malangnya, tak boleh sebab bila dah tak datang tu, diorang ingat I dah tak berminat. Makanya adik adik dan kakak kakak, benda ni limited dan first come first serve basis. 


Lepas tu I bagi nama I balik supaya nanti bila dah ada stock vaccine, I nak book appoinment lagi sekali, tapi ni dah dua bulan lebih masih I terkapai kapai takdak dengar khabar berita, mesti takdak stock lagi tu. NAMPAK TAK BETAPA HANGATNYA BENDA INI DI PASARAN???


Tapi I tak berputus asa, I call klinik lain yang jauh sikit dari rumah I kira setengah jam jugak la jarak dia. Alhamdulillah ada. Terus I book appoinment dan hari ni I dah dapat first dose I.


Okay ni procedure dia ;

1- Pergi dekat klinik yang dah book appoinment tu, lepastu nanti masa daftar dia akan bagi dua borang, satu borang untuk isi on the spot, satu lagi nanti dia brief apa kepentingan borang tu (borang warna pink)


2- I taktahu ni procedure standard ka dak, tapi dekat klinik I tu kena bayar RM15 sebab diorang akan check RBS (Random Blood Sugar), kolesterol dengan BMI. Alhamdulillah I normal tambah tambah kolesterol sebab hello I habis belajar makan kadang kadang macam tiada hari esok okay. Disebabkan I taktau ni procedure standard ka dak, bawak ja RM15.


3- Sebelum cucuk tu kita akan di briefkan yang nanti kalau demam lepas kena cucuk tu, kalau pi klinik, bawak borang merah tadi (refer #1). Tapi normal kot kalau demam sikit lepas cucuk sebab I selalu macam tu. Alaaa nak terang kenapa boleh demam lepas cucuk vaccine tapi kalau I terangkan dia macam panjang sikit lepastu takpe lah ambik je lah I kerja dekat klinik #HireMe


4- Pakai baju yang senang nak bukak lengan tau sebab dia cucuk dekat lengan. Kot la ada yang confuse lagi cucuk dekat mana. Masa I nak kena cucuk tu, I kena berdiri lepastu kena lah cucuk


5- Sakit tak? Jawapan ni datang daripada I yang tahap tahan sakit I boleh dikatakan sederhana la jugak. Jawapan dia aaaa biasa biasa ja kot? Dia sakit sikit lepastu lenguh banyak macam biasa la bukan lenguh sampai tak boleh buat apa tu, dia macam lenguh sebab hang tertidoq atas lengan hang 12 jam lepastu bangun esok pagi lengan lenguh. Ya begitu.


6- Cucuk first dose vaccine hepatitis B lagi sakit mungkin sebab terkejut? So kalau hampa dah lama tak kena cucuk, mungkin first dose ni dia macam terkejut lantas hampa akan rasa sakit lebih sikit. Jangan salahkan I pls.


7- Nanti dia akan suruh tekan dekat tempat cucuk tu dan tunggu 10 minit, lepas 10 minit cakap dekat kaunter nak balik dah. Nanti diorang akan tanya "ada pening tak?" I tak pening so I pergi makan dengan gembira nya lepas tu. 



Konklusinya, CUCUK HPV SAKIT BIASA BIASA JA. Sekian sahaja, kakak kakak dan adik adik jangan takut jangan bimbang okay. Bolos saja klinik itu dan bergembira lah sebab dah buat keputusan yang agak bijak dalam kehidupan hampa.








No comments: