DIY Sangkar Kucing - AFrhn

Sunday, November 03, 2019

DIY Sangkar Kucing


Baru baru ni kucing yg I ambik dulu terberanak (TER sebab I taktau pun dia bunting, tengok tengok dah ada dua ketul anak kucing kt litter tray). Lepastu bila makin besar, I macam kesian takut nanti diorang berhimpit dekat dalam sangkar.


Sebelum I kena bebel pasal hak kebebasan kucing, kenapa letak kucing dalam sangkar. Meh I explain. Kucing-kucing I pagi sampaai lewat petang memang bebas main dekat luar. Tapi sebab rumah I dekat dengan jalan besar, malam malam I kena letak diorang dalam sangkar sebab takut diorang kena langgar. 


I dah beli sangkar besar dah yang sesuai untuk 3 ekor kucing dewasa. Tapi tu lah, macam lah anak kucing tu takkan membesar. Jadi I survey survey sangkar, sangkar custom made besar yang I nak tu, harga cecah RM800-RM900. Kalau RM500 tu I dapat besar sikiiiit je dari yang I dah ada.


I google macam mana paling senang nak buat DIY sangkar kucing, material yang tahan lasak, tahan lama dan jugak tak mahal sangat. Paip PVC jawapan dia untuk rangka sangkar.


Hari I cuti, I ukur siap siap luas lebar dan luas macam mana I nak (pastikan muat tempat korang nak letak kucing tu. Satgi buat besaq besaq, tak muat pulak) lepastu tinggi yang I nak sangkar I tu supaya boleh la nak memanjat ke dalam tu.


Panjang sangkar I dalam 6 kaki,lebar pulak 3 kaki. Besar okay. So dah dapat ukuran semua, bermula lah I dok calculate berapa pcs paip PVC, dia punya connectors dan jugak cable tie. Dah siap rangka semua, I calculate balik sebab nak beli dawai keliling tu pulak.


Ukuran semua boleh email I dekat amalinafrhn@yahoo.com nanti I bagi ukuran I la tau. Proses siapkan ni ambil masa 3 hari sebab I buat half day je. Kalau buat full day maybe boleh kot siap dalam 1 hari setengah, 2 hari macam tu. 




Day 1 - Siapkan rangka sangkar je dulu. Beli lah gergaji PVC yang besaq sikit okay. I beli yang kecik ja serius sakit tangan lepas tu



Day 2 - Dah naik dah dawai dawai keliling atas dan bawah. Dawai bawah tu I guna yg mahal sikit. I ikat dawai ni guna cable tie tau sebab senang nanti kot nak adjust




Boleh letak lagi 5 Syahirah dalam ni


Day 3 - Dah siaaaapppppp





Total cost : Dalam RM250 macam tu untuk besar macam ni. Kalau kecik lagi, lagi murah cost. 


Kalau ada apa apa soalan, boleh email je I. Bila ada masa I reply ya. 


Semoga murah rezeki Amalina untuk bukak shelter. Marilah aminkan beramai ramai.







No comments: