Jenis Cat Litter Malaysia - AFrhn

Sunday, July 21, 2019

Jenis Cat Litter Malaysia



Ni I bagi review jujur ikhlas untuk cat litter yang I pernah try ja okay sebab banyak orang tanya I, cat litter jenis apa yang berbaloi, yang tak bagi bau sangat dan lain lain lagi.


Oh ya, dalam blog ni I pernah cerita pasal Simba ja mungkin sebab dia kucing pertama yang I adopt. Kalau nak cerita pasal semua kucing kucing I yang I adopt, mungkin blog ni boleh tukar nama jadi blog kucingku kot. Kalau nak tau cara neuter kucing apa semua, klik dekat Adopt Don't Shop kt atas tu.


Lepas Simba, I adopt lagi dua ekor kucing, tapi seekor tu dalam 3 bulan ja I jaga, lepastu dia menghilangkan diri. Tinggal la lagi seekor nama dia Tam Scammer. Awat Scammer? Nanti la I cerita. 


Lepas Arwah Atok I takdak, I berharap Tam bunting sebab I nak tambah kucing, tapi Tam bagi harapan palsu sebab lepas dia mengawan, I ingat dia bunting, rupanya dia gemok ja. 


Seekor lagi entah pi mana. Karpet ni pun I dah gulung sebab makin banyak kucing, I taknak ada bulu bulu melekat kt karpet




Lalu satu hari tu, I pi kedai makan dekat dengan rumah I, I nampak seekor mak kucing baru lepas beranak, anak dia ada dalam 4 ekor. Masa I tunggu makanan siap, I main main la dengan anak anak kucing tu. Owner kedai tu nampak, dia tanya I "You nak ka? Ambik la" I pun tak berapa ready nak tambah banyak sangat, so I cakap "Eh takpa takpa. Saja ja main dengan depa" Lepastuuuu dia cakap "Oh kalau taknak, kami nak pi hantaq pi markit dah. Banyak sangat dah kucing kat sini" I apa lagi, I terus mintak kotak nak bawak balik.



Ni masa I ambik diorang




FAST FORWARD 3 BULAN






So total I ada sekarang ni 7 ekor yang litter trained. I jenis sensitif sikit bau taik kucing ni walaupun litter tray kucing I ada dalam dan luar rumah, maka wajiblah I buat eksperimen cat litter mana yang paling serap bau. 



1. BENTONITE CLAY



Yang ni paling ramai guna dan juga I pun guna lama. Sebab murah dan kan dia ada banyak pilihan bau bau tu kan, I fikir boleh la kurangkan bau busuk. Tapi tidak ya tuan tuan dan puan puan. Tambah kalau kucing makan wetfood, tak sampai malam hidung sensitif I mesti terbau dan time time tu jugak la I nak bersihkan.


Recommend? YES untuk kucing seekor, dan tengah save budget. NO kalau hidung sensitif dan tak rajin nak bersihkan.


P/S : Tapi fikir balik tak save budget sangat pun sebenarnya tambah kalau kucing lebih dari seekor, sebab kena kerap tukar. Last last cepat jugak habis walaupun murah. Murah + Cepat habis = Mahal.



2. CRYSTAL



Yang ni memang bagi takdak bau yang tak menyenangkan. Harga, boleh tahan la. Tapiii, boleh guna lama (approximately kalau dua ekor kucing dewasa, sebulan). Orang kedai tu cakap boleh guna banyak kali, rajin tak rajin ja persoalannya. 


Masih kena buang bahan kumbahan kucing tapi air kencing kucing dah terserap dah dekat silica kt crystal ni. Yang orang kedai tu cakap boleh guna banyak kali tu, dia cakap cara cara dia, nanti basuh crystal ni dan jemur. Aha, I tak berapa nak rajin ya kawan kawan. 


Cons crystal ni. Kalau kucing mengalami sakit perut dan bahan kumbahan dia cair, crystal tu nampak kotor walaupun sebenarnya dah buang dah semua bahan kumbahan dia. Tak sedap mata memandang seolah olah masih ada lagi bahan kumbahan walaupun dah cuci.


Recommend? YES kalau kucing bawah dari dua ekor. 





3. TOFU



I beli ni sebab ada promo. Harga dia mahal sikit dari crystal, serapan dia so-so. I taktau la so-so sebab jenama yang I beli tu ka apa, tapi benda ni mahal tapi dia jalankan kerja dia tak berapa efisien. Tak saving sebab untuk 7 ekor kucing cepat sangat habis, dah jadi macam guna bentonite clay pulak.

Serapan bau pulak, biasa biasa ja. 

Recommend? NO sebab harga mahal tapi  so-so.





4. PINE 



I baru try pine ni sebab okay dia mahal. Tapi I tekad nak beli jugak sebab tak cuba taktahu? Kalau tak berbaloi, takpayah beli dah kan?


TAPI I TAKKAN BERPALING TADAH DAH. Lepasni I akan beli jenis ni ja. Serapan dia power, bahan kumbahan kucing keras ka, cair ka, walaupun apa apa bentuk sekalipun, dia menyerap bau dengan power dan bila nak bersihkan (scoop) pun senangnyaaaa.


Walaupun mahal tapi dia tahan lama. Apa yang I buat, I isi banyak sikit dalam litter tray, lepastu hari hari I scoop keluar bahan kumbahan ja. Tak payah topup pun pine dalam litter tray. Kiranya dalam seminggu tu boleh bertahan tanpa topup, cuma scoop keluar ja bahan kumbahan.


Setakat ni dah dua minggu berlalu, tapi satu bag 10L tu hanya separuh digunakan. Litter tray I ada 4. Dan setiap satu litter tray tu I letak bagi 2-3 inci pine ni. 



Mahal + Tak payah topup selalu = Murah dan berbaloi


Recommend? YASSSSSSSSS




Selamat menjaga kucing dan rumah takdak bau macam ada banyak kucing. Jaga kebersihan okay dan jaga kucing baik baik. Jangan dah tak larat nak jaga buang dekat markit. 


Semoga membantu. Doakan I murah rezeki supaya I boleh adopt kucing lagi dan neuter kan diorang supaya populasi kucing jalanan makin kurang  #AdoptDontShop


Akhir kata, bye!










1 comment:

Syazwani14Cats said...

Hi! This is a great informative post. Thanks for sharing! I'm currently using bentonite clay for my cat. Like you said, it smells great and can last for a bit if I consistently remove my cat's ehem ehem. Hahaha Looking forward to try pine too because I head that it absorbs better AND environment friendly. Looking forward to more future posts!