Neuter (kasi) kucing kesayangan - AFrhn

Tuesday, March 07, 2017

Neuter (kasi) kucing kesayangan


Simba merupakan kucing betina so apa apa yang I share ni lebih kepada procedure untuk kucing betina, mungkin lebih kurang ja dengan procedure untuk kucing jantan.

Kenapa nak kasi kan dia? Tak kesian ka?


- Sebab kesian kan dia la I nak kasikan. Takut nanti ada anak anak dia yang terbiar dan diabaikan. Daripada seksakan diorang dari kasih sayang, lebih baik I prevent. Lagipun I tak mampu nak jaga banyak banyak. Cukup lah Simba seekor yang demanding dari pelbagai sudut. Kalau korang mampu nak jaga lebih dari seekor, dua ekor mahupun tiga ekor, tidak mengapaaaa. Simba pernah beranak sebelum ni, tapi anak anak dia stillbirth. Kesian sangaaat tengok berminggu dia asyik cari anak anak dia.


Lepas I decide nak kasi kan Simba, I survey survey area Shah Alam (ofocurse la yang affordable dan yang kita mampu kan), dan hasil dari survey tu, I buat keputusan nak pergi Mesra Pet Shop, Seksyen 7 Shah Alam.





Apa yang perlu eh untuk kasi kan kucing?




Sediakan persekitaran yang bersih tau sebab dia luka takut infected siaaan dia.

- Call dulu tanya pet shop tu vet tu available tak tarikh tarikh yang korang nak kasi kan kucing korang tu
- Kucing mesti lah umur setahun ke atas. Kalau kurang tak sure
- Kucing mestilah sihaaat
- Dah vaccine kucing sekurang kurangnya kucing tu dah ada second dose vaccine.



Simba tak vaccine lagi, so I kena vaccine kan Simba, I vaccine terus dekat pet shop tu.

Harga vaccine ; RM37.10 per vaccine

Lepas second vaccine, nanti bagitahu terus vet nak kasi kan, nanti vet akan save the date.

Harga kasi : plus minus RM130.00



Sehari sebelum tarikh operation kucing korang, korang dah kena hantar kucing tu sebelum 9 malam untuk boarding. Kucing kena dipuasakan sehari sebelum operation tu. Masa hantar Simba tu sedih okayyy rasa macam hantar anak pergi asrama!


Nanti korang boleh amik kucing korang sehari lepas operation. Masa I pergi amik Simba tu, diorang semua cakap Simba garang (Simba memang garang dengan orang yg dia tak kenal, dengan orang yg dia rasa dia tak suka, dan juga dengan kucing dewasa. Dengan kucing kecik dia no hal I can be your friend)


Masa diorang bukak pintu tempat boarding Simba, I dengar dah dia dok marah kucing kucing dekat sangkar lain tu dengan staff petshop tu. Dia dengar ja suara I, terus dia meow meow meow menggelupur nak datang dekat I. Rasa macam wow disayanginyaaaa tapi dalam masa yang sama macam segan sebab Simba tak friendly


I tergelak jap sebab Simba kena pakai cone of shame sebab vet tu cakap Simba suka jilat jilat pembersih sangat takut dia jilat bekas luka dia. Kalau kucing korang kena pakai cone of shame ni, korang kena bayar extra RM15.00 on top of harga operation tu. 




Masa ni berat dia susut sangat sebab vet tu cakap dia takmau langsung makan, dia nak marah ja


Lepas beberapa hari, korang boleh la check luka tu sama ada dah kering atau tak. Sepatutnya kucing sehari lepas balik rumah tu tak boleh bagi dia makan, tapi Simba macam kebulur sangat, I tak sampai hati, I bagi makan sikit. Esoknya tu dia muntah banyak sangat okay! Bawak pergi jumpa vet balik, vet cakap luka dah kering semua dah yeay tapi kena puasa kan dia sehari sebab dia makan gelojoh sangat zzzzzzz.


I dah tak cover dah luka dia, tapi masih bagi dia pakai cone of shame sebab dia ni suka sangat jilat badan dia. Walaupun pakai cone of shame, dia masih mampu jilat bahagian paha dia okay!


P/S : dekat luka dia, ada satu benjolan, jangan risau, selagi tak keluar nanah ka apa ka, chill ja sebab tu body and tissue reaction dia sebab baru lepas operate kan. Dua tiga hari macam tu, akan surut hilang terus benjolan tu.




I'm okay gais cuma tu lah tak boleh beranak ja lepas ni




Sekarang ni dah 2 bulan dah lepas Simba kena operate tu, Simba pun okay ja, bekas jahitan tu pun dah takdak dah. Dan I sekarang ni kalau Simba jalan jalan kat compound rumah amik angin pun tak risau dah dia terbunting. Life is good. 





Kalau ada niat nak bela kucing, boleh search dekat Twitter #ProjekKucingAngkat







No comments: