[TRIP] Kemensah, MY - AFrhn

Monday, March 06, 2017

[TRIP] Kemensah, MY

Masa lunch hour, one of my friends call nak ajak pergi Kemensah. Disebabkan lama tak jumpa classmates, maka setuju sajeeeee. Lepastu plan dah nak bawak apa semua, maka mampu berharap ja yang plan jadi sebab selalu nya trip yang ada plan ni selalu tak jadi. 


Kalau nak pergi ni, waze je Zoo Negara takpun ATV Kemensah. Haritu kitorang waze Zoo Negara sebab tempat ni memang belakang Zoo Negara tu pun. Masuk ke dalaaaaaaammmmmmm sangat sampai terdetik betoi ka ni jalan waze bagi ni. Jalan situ kecik so hati hati okay sebab nanti selisih dengan kereta kena bertolak ansur. 


Kitorang sewa pondok dekat Celi Chalet, rasanya dalam RM40 kot (kot sebab organizer yang kutip duit lepas settle semua). Kalau ada rasa nak rehat rehat apa semua nak privacy sebab mungkin la bawak anak kecik, boleh lah sewa chalet dia rate dalam RM70. 






Kawasan dia bersiiihh kiranya selesa untuk merapatkan silaturrahim takde la bau bau yg tidak menyenangkan. Dekat chalet ataupun pondok terbukak macam kitorang memang disediakan penyapu, so lepas guna tu faham faham k sila lah sapu balik.









Dekat sini tandas dia pun bersih, surau dia pun bersih. Kiranya selesa kalau nak tukar baju nak mandi, nak solat lepas mandi di sungai kecik dekat area ni.



Walaupun air dia tak jernih standard aaa sungai, tapi bersih sangat. Takdak la nak nampak sampah terapung, plastik terapung semua tu. Nak mandi pun takdak rasa was was. 


Tu ja mampu review untuk tempat ni sebab ni pun short trip, melainkan kami banyak bersembang dan makan sampai kena bawak balik sebab makanan banyak sangat. 





Sekian sahaja liputan saya mengenai Kemensah. 

No comments: